Peniaga durian perlu mohon lesen sementara

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 18 Jun – Peniaga buah- buahan khususnya durian di bahu jalan diingatkan agar memohon lesen berniaga sementara dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

Yang Dipertua MPHTJ, Shadan Othman berkata, walaupun diberi kelonggaran pada musim buah, namun peniaga atau penjaja di nasihatkan supaya memohon kepada PBT untuk mengelakkan sebarang masalah.

“Mereka perlu memohon lesen sementara dari PBT dan nyatakan lokasi di mana mereka berniaga.

“Namun begitu peniaga diberi sedikit kelonggaran pada musim buah.

“Tetapi mereka diingatkan juga untuk berniaga di tempat selamat bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kesesakan dan juga menjaga kebersihan dikawasan sekitar,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Shadan berkata, dari awal Jun sehingga kini sebanyak 10 permohonan diterima pihaknya untuk mendapatkan kebenaran berniaga durian.

Media sebelum ini melaporkan, PBT di negeri ini diminta untuk memberi lesen sementara kepada peniaga durian bagi mengelak berlakunya lambakan raja buah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, pihaknya meminta PBT memberi kelonggaran kepada peniaga durian supaya tiada masalah lambakan berlaku.

Beliau berkata, PBT di negeri ini antaranya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengeluarkan lesen sementara kepada peniaga untuk berniaga.

Views:

822
Kongsi :
Previous post Ibu tunggal raih Anugerah Hero Pekerja Pembersihan
Next post Peniaga lega masalah longkang tersumbat hampir selesai
Ubah saiz-+=