Peniaga lega masalah longkang tersumbat hampir selesai

Masa Membaca:52 Saat

Telok Mas 18 Jun – Peniaga Taman Alai Perdana di sini menarik nafas lega apabila masalah longkang tersumbat di jalan utama taman tersebut sejak hampir dua tahun lalu, akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, masalah itu dipercayai berpunca daripada saluran pembuangan air ke longkang besar yang terganggu.

“Ia menyebabkan sampah tersekat, air menjadi kotor hingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan peniaga dan penduduk di taman ini.

“Kerja-kerja selenggara yang tertangguh lama juga antara punca masalah tersebut berlarutan dan peniaga turut terkesan kerana bimbang pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Noor Effandi berkata, pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan melakukan kerja-kerja pembersihan bermula minggu hadapan bersama beberapa jabatan terlibat.

“Diharap kerja-kerja pembersihan nanti dapat kurangkan masalah di kawasan tersebut.

“Penduduk boleh membuat aduan kepada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Telok Mas jika terdapat sebarang masalah di kawasan mereka,” katanya.

Hadir sama membuat tinjauan, wakil Ahli Majlis MBMB, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan wakil SWM Environment Sdn Bhd.

Views:

1225
Kongsi :
Previous post Peniaga durian perlu mohon lesen sementara
Next post MU kembali ke padang minggu depan
Ubah saiz-+=