
Peniaga maut kereta jatuh ke cerun
ALOR GAJAH 13 April- Seorang lelaki maut selepas Proton Saga Aerobek dipandu terbabas ke cerun di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Rembia, jam 1 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 1.15 pagi.

Katanya, Siasatan awal mendapati mangsa Hoe Teng Yong, 57, seorang peniaga terbabit kemalangan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Rembia Setia.
“Mangsa dipercayai dari arah Malim Permai menghala ke Taman Rembia Setia pacah pada badan dan dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan Proton Saga Aerobek dipandu terbabas ke cerun bukit di sebelah kiri jalan.
“Terdapat kesan tayar dan kesan geseran yang ditemui di permukaan jalan, setakat ini tidak ada saksi kejadian yang tampil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Arshad Abu berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAJORITI MENINGKAT LEBIH LAPAN KALI GANDA, BAN HONG TEKAD BANGUNKAN KLEBANG
SERI NEGERI 15 November - Peningkatan majoriti lebih lapan kali ganda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan Ahli...
TUMINAH TEKAD TIDAK SIA-SIAKAN MANDAT WARGA PANTAI KUNDOR
AYER KEROH 15 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan...
TANGANI BANJIR JADI MISI PERTAMA NADARAJAH DI GADEK
SERI NEGERI 15 November - Masalah banjir yang sekian lama membelenggu penduduk menjadi antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)...
MANDAT BESAR PENGUNDI AYER MOLEK BUAT MOHD RIDHWAN
SERI NEGERI 15 November - Kemenangan dengan majoriti lebih 13,000 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menjadi amanah besar...
SUBUH HINGGA TENGAH MALAM, TOK AZMAN TERUS BERKHIDMAT
SERI NEGERI 15 November – Jadual kerja dari awal pagi hingga tengah malam kekal menjadi komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri...
‘POGHUT AYER LIMAU’ BAKAL BERKEMBANG, ANAK MUDA DAN PENDIDIKAN JADI FOKUS HAMEED
SERI NEGERI 15 November - Gagasan Poghut Ayer Limau bakal diperkasakan menerusi penambahan komponen baharu bagi memastikan lebih banyak komuniti...
