Geng ADC dicekup

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 13 April – Tujuh ahli geng ADC termasuk ketuanya dicekup polis selepas dipercayai terbabit dalam beberapa siri jenayah pecah rumah dan membawa lari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua suspek termasuk pasangan adik-beradik dan tiga wanita berusia berusia antara 31 hingga 43 tahun ditahan dalam enam siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Johor Bharu, Johor bermula 7 Mac hingga 12 April lalu.

Beliau berkata, tangkapan itu dilakukan pasukan khas ditubuhkan susulan beberapa kejadian pecah rumah, ceroboh dan melarikan kenderaan pada 6 dan 7 Mac lalu yang membabitkan kerugian RM245,100.

“Geng ini dipercayai aktif sejak awal tahun ini dan ketuanya dikenali sebagai Adib berusia 32 tahun selain itu turut ditahan adalah abangnya.

“Modus operandi digunakan adalah menyasarkan rumah yang tiada penghuni selain mereka dikatakan akan menyewa kenderaan di sekitar Johor Bharu sebelum pergi ke daerah atau negeri berdekatan untuk melakukan jenayah,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati suspek menggunakan wang hasil aktiviti jenayah untuk membeli dadah.

“Malah dikatakan setiap ahli kumpulan itu mempunyai peranan tersendiri seperti tukang umpil, pemandu dan menjual barangan hasil samun.

“Selain daripada tangkapan, kami turut melakukan rampasan tiga buah kenderaan iaitu Toyota Harrier, Perodua Myvi dan Volkswagen Passat, beberapa beg tangan wanita, peralatan disyaki digunakan untuk pecah rumah termasuk kuku kambing,” katanya.

Christopher berkata, susulan kejayaan itu pihaknya yakin berjaya menyelesaikan enam kes termasuk di Melaka dan beberapa kontinjen lain yang disyaki dilakukan oleh kumpulan sama.

“Semakan lanjut dilakukan mendapati, lima daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan pecah rumah, curi kenderaan dan dadah.

“Kesemua mereka kini direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1008
Kongsi :
Previous post Kes lapan penunggang basikal lajak maut: Kerani dipenjara enam tahun, denda RM6,000
Next post Peniaga maut kereta jatuh ke cerun
Ubah saiz-+=