
PENJAWAT AWAM RUGI LEBIH RM80,000 DIPERDAYA SINDIKET PELABURAN PELANCONGAN
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 41 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan setelah diperkenalkan oleh seorang kenalan WhatsApp wanita dari Indonesia.
Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan pulangan tinggi dijanjikan telah membuat 10 transaksi ke tiga akaun bank berbeza berjumlah RM82,196 dari tempoh 10 hingga 27 Julai lepas.
“Mangsa membuat laporan petang semalam selepas tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyemak maklumat syarikat berkait pelaburan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terlebih dahulu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA MAUT, EMPAT CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI PUTRAJAYA
PUTRAJAYA 20 Mac - Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Presint 1 menghala...
PERSIAPAN SAAT AKHIR SAMBUT AIDILFITRI
DUYONG 20 Mac - Meskipun ramai umat Islam yang sudah membuat persiapan awal bagi menyambut satu Syawal, namun tradisi hari...
OPS HRA 2026 : LEBIH 2,000 KESALAHAN DIRAKAM MELALUI DRON – JPJ
KOTA BHARU 20 Mac - Sebanyak 2,384 kesalahan berjaya dirakam melalui penggunaan dron dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Ops Hari...
LELAKI PUKUL ISTERI HAMIL DIREMAN EMPAT HARI
MELAKA 20 Mac - Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh...
PENJAWAT AWAM RUGI RM160,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 20 Mac - Seorang penjawat awam kerugian lebih RM160,000 akibat terperdaya sindiket pelaburan tidak wujud setelah berkenalan dengan seorang wanita...
RM5 JUTA UNTUK PASANG LAMPU JALAN SOLAR, TUMPU KAWASAN GELAP SEKITAR MELAKA
AYER LIMAU 20 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi pemasangan lampu jalan jenis solar di kawasan-kawasan gelap di...
