
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Ar-Razak Kampung Pulau, di sini, hari ini.
Ketua Menteri yang berbaju Melayu bertema lavender tiba pada jam 8.15 pagi dan bertakbir bersama jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Selepas itu, Ab Rauf dan jemaah kemudiannya mendengar bacaan khutbah bertajuk Kemenangan Rohani Teras Keharmonian Ummah yang disampaikan Imam 1 masjid berkenaan Ustaz Faizal Shaari.
Sebelum beredar meninggalkan masjid, Ketua Menteri tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah yang hadir.
Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yang hadir.
Ketua Menteri kemudiannya dijadual menuju ke Istana Melaka bagi menghadiri jamuan Aidilfitri bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman serta pemimpin-pemimpin negeri.
/END
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
