
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan babitkan 13 kenderaan
NIBONG TEBAL, 13 Mei – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan 13 buah kenderaan termasuk sebuah treler yang mengalami masalah brek di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Lee Chong Chern berkata kemalangan pada kira-kira 6.20 petang itu mengakibatkan Tang Hai Kok, 46, yang menunggang motosikal Y110 meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan serta kepala.
“Berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku selepas lori treler dipandu seorang lelaki yang mengalami masalah brek melanggar 12 kenderaan yang terdiri daripada lapan kereta, dua motosikal, sebuah pacuan empat roda dan sebuah van.
“Seorang lagi penunggang motosikal, wanita warga emas berusia 64 tahun, mengalami kecederaan pada kaki dan bahu kiri, dan semua kenderaan terlibat dalam kemalangan itu mengalami pelbagai kerosakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya ujian saringan air kencing mendapati pemandu berumur 28 tahun yang ditahan untuk siasatan lanjut itu negatif dadah, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPHTJ ARAH PEMAJU HENTI OPERASI SUSULAN BANJIR LUMPUR
AYER KEROH 30 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengarahkan sebuah syarikat pemaju menghentikan kerja pembangunan susulan kejadian...
WRUR AYER KEROH: DEWAN TERBUKA RANCAKKAN AKTIVITI KOMUNITI SUNGAI PUTAT
AYER KEROH 30 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan kerja bagi meninjau perkembangan pembinaan...
WRUR AYER KEROH: KARYA WARGA SMK MUNSHI ABDULLAH BANGKITKAN SEMANGAT KEPAHLAWANAN
AYER KEROH 30 April - Mural inspirasi bertemakan ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ sentuhan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...
KLIK DAN IMBAS: MAIM PERMUDAH KAEDAH BERSEDEKAH SECARA DIGITAL
PENGKALAN BATU 30 April - Hanya dengan satu klik dan imbas kod respon pantas (QR) tertera pada poster anda boleh...
DEKATI HAIWAN EKSOTIK DI MENARA TAMING SARI SABTU INI
AYER KEROH 30 April - Pengunjung singgah ke Menara Taming Sari berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis haiwan...
KOMITMEN BERTERUSAN MELAKA TANGANI RISIKO BANJIR
AYER KEROH 30 April - Komitmen Kerajaan Negeri untuk menangani risiko banjir diterjemahkan menerusi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)...

