Penyertaan Pidato Piala TYT Melaka dilanjutkan sehingga 31 Julai

Masa Membaca:2 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 18 Julai – Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh pendaftaran dan penghantaran video penyertaan Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka 2022 sehingga 31 Julai ini.

EXCO Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, lanjutan tempoh penyertaan itu berikutan peningkatan jumlah penyertaan yang diterima sangat menggalakkan di saat akhir.

“Pertandingan ini untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat dan generasi muda agar lebih memahami peranan Rukun Negara sebagai asas perpaduan dan jati diri Keluarga Malaysia.

“Selain itu, sebagai inisiatif bagi menyemai dan meningkatkan kefahaman rakyat mengenai perkara-perkara yang terkandung didalam prinsip-prinsip rukun negara.

“Justeru atas peningkatan jumlah penyertaan yang diterima pada saat akhir, jawatankuasa pertandingan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran dan penghantaran video penyertaan dari 15 Julai lalu kepada 31 Julai ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Untuk rekod pertandingan anjuran Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka menerusi Institut Tun Perak itu mendapat kerjasama Kementerian Perpaduan Negara.

Pertandingan berkenaan terbuka kepada masyarakat umum seluruh Malaysia dan enam kategori dipertandingkan iaitu Kategori Awam, Kategori Penjawat Awam, Kategori Bukan Melayu, Kategori Institusi Pengajian Tinggi, Kategori Sekolah Menengah (Bergandingan) dan Kategori Sekolah Rendah (Bergandingan).

Mereka yang berminat boleh melayari https://pidatotyt.melaka.gov.my atau menghubungi urusetia di talian 06-3174475,” katanya.

HADIAH YANG DITAWARKAN:

i. Kategori Sekolah Rendah (Bergandingan)

Johan : Piala iringan, RM1,500.00, buku dan sijil penyertaan
Naib Johan : Piala iringan, RM1,000.00, buku dan sijil penyertaan
Ketiga : Piala iringan, RM700.00, buku dan sijil penyertaan
Saguhati : RM300 (2 pasangan), buku dan sijil penyertaan

ii. Kategori Sekolah Menengah (Bergandingan)

Johan : Piala iringan RM2,000.00, buku dan sijil penyertaan
Naib Johan : Piala iringan, RM1,500.00, buku dan sijil penyertaan
Ketiga : Piala iringan, RM1,200.00, buku dan sijil penyertaan
Saguhati : RM400 (2 pasangan), buku dan sijil penyertaan

iii. Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Johan : Piala iringan, RM3,000.00, buku dan sijil penyertaan
Naib Johan : Piala iringan, RM2,000.00, buku dan sijil penyertaan
Ketiga : Piala iringan, RM1,000.00, buku dan sijil penyertaan
Saguhati : RM500 (2 orang), buku dan sijil penyertaan

iv. Kategori Bukan Melayu

Johan : Piala iringan, RM3,000.00, buku dan sijil penyertaan
Naib Johan : Piala iringan, RM2,000.00, buku dan sijil penyertaan
Ketiga : Piala iringan, RM1,000.00, buku dan sijil penyertaan
Saguhati : RM500 (2 orang), buku dan sijil penyertaan

v. Kategori Penjawat Awam

Johan : Piala iringan, RM4,000.00, buku dan sijil penyertaan
Naib Johan : Piala iringan, RM3,000.00, buku dan sijil penyertaan
Ketiga : Piala iringan, RM2,000.00, buku dan sijil penyertaan
Saguhati : RM500 (2 orang), buku dan sijil penyertaan

vi. Kategori Awam

Johan : Piala iringan, RM5,000.00, buku dan sijil penyertaan
Naib Johan : Piala iringan, RM3,000.00, buku dan sijil penyertaan
Ketiga : Piala iringan, RM2,000.00, buku dan sijil penyertaan
Saguhati : RM500 (2 orang), buku dan sijil penyertaan

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1758
Kongsi :
Previous post Mekanisme subsidi bersasar sedang dirangka – PM
Next post Penunggang motosikal maut rempuh kereta
Ubah saiz-+=