PERHILITAN tembak 10 babi hutan di beberapa kawasan termasuk kediaman Ketua Menteri

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 16 Feb. – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka menghapuskan 10 ekor babi hutan yang menceroboh penempatan penduduk termasuk di kawasan kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, dalam pertemuan bersama Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, beliau sendiri terserempak dengan sekumpulan haiwan liar itu di kawasan kediaman itu semalam.

Katanya, sehubungan itu beliau mengarahkan sepasukan anggota PERHILITAN untuk menjalankan operasi memburu babi hutan di kawasan berkenaan bermula pada jam 6.30 petang semalam.

EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee menunjukkan babi yang ditangkap dalam operasi PERHILITAN di Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru. Foto: MR. Azli

“Anggota PERHILITAN dengan kekuatan enam penembak menjalankan operasi di sekitar kawasan kediaman Ketua Menteri dan beberapa kawasan lain termasuk Kampung Bukit Pulau dan Taman Botanikal Melaka dalam operasi sehingga jam 6 pagi tadi.

“Dalam operasi itu sebanyak 10 ekor babi hutan berjaya ditembak termasuk seekor babi hutan jantan yang beratnya kira-kira 80 kilogram (kg),” katanya.

Dalam perkembangan sama, Norhizam berkata menerusi 14 operasi sama bermula Januari hingga 8 Februari lalu, sebanyak 177 ekor babi hutan dihapuskan.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, PERHILITAN menjalankan operasi menghapuskan haiwan perosak itu berdasarkan aduan diterima,” katanya.

Views:

1965
Kongsi :
Previous post Jurutera ditipu Macau Scam, rugi RM71,000
Next post Peruntukan RM1.2 juta hapus babi hutan dibentang dalam mesyuarat EXCO
Ubah saiz-+=