Perjuangan politik bukan bermusim – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

DURIAN TUNGGAL 13 Mac – “Negara ini tidak perlu ada rampasan kuasa, tak perlu ada perang saudara untuk merubah taraf kita sebagai seorang bangsa Melayu yang mengurus tadbir kerajaan”.

Itu tegasan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam menegakkan parti UMNO di negeri ini.

Menurutnya, apabila dasar kerajaan negeri berubah, maka dasar kerajaan Persekutuan juga diubah.

“Hilang kuasa pada tangan kita, maka kita terima padahnya pada 22 bulan negara dan negeri ini diperintah oleh parti yang telahpun berjaya menghalang kita.

“Politik ini kalau kita menang, kita akan menang semua, tetapi kalau kalah, kita kalah semua,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum mempengerusikan Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Negeri Melaka Bil 1/2021 di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Udangan Negeri (JAPERUN) Durian Tunggal di sini malam tadi.

Hadir sama adalah Timbalannya Datuk Seri Mohd Ali Mohamad dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkata, kawasan-kawasan yang kalah pada PRU lalu terpaksa menerima padahnya kerana kehilangan segala yang ada di tangan parti.

“Perjuangan politik ini bukan bermusim, ia diteruskan walau apa juga suasana, pertahankan apa yang kita dapat hari ini.

“Mereka yang menderhaka kepada UMNO saya tidak izinkan kembali semula,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Rauf mengajak supaya terus bersama dalam memacu politik Negeri Melaka untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

279
Kongsi :
Previous post Tiada perbincangan kerusi UMNO dan BERSATU – Ab Rauf
Next post Sulaiman lawat DUN Lendu
Ubah saiz-+=