Sorting by

×

PERKASA PENIAGA KECIL, PACU EKONOMI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PAYA RUMPUT 26 Mei – Memperkasakan peniaga kecil terus menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam memastikan pertumbuhan ekonomi Melaka kekal mampan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, Kerajaan Negeri sentiasa meneliti pelbagai inisiatif bagi membantu peniaga tempatan berdepan cabaran ekonomi semasa.

“Kita sentiasa berusaha untuk membantu peniaga tempatan terutama golongan kecil dan sederhana dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa menerusi pelbagai inisiatif dilaksanakan.

“Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sebelum ini juga mengumumkan pemberian sewa percuma selama sebulan bermula Julai 2026 serta pengurangan sewa sebanyak 30 peratus melibatkan premis milik Perbadanan Melaka (MCORP) dan sebagainya.

“Kerajaan Negeri akan terus melakukan penilaian dari semasa ke semasa dan sekiranya ada keperluan tambahan, kita akan lihat bentuk bantuan lain yang boleh disalurkan kepada para peniaga.

“Kita faham keadaan ekonomi semasa agak mencabar, sebab itu kerajaan sentiasa cakna terhadap keperluan rakyat khususnya peniaga kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah restoran makanan segera di Cheng Perdana, di sini, semalam.

Menurutnya, perkembangan positif sektor perniagaan termasuk pembukaan premis baharu syarikat makanan dan minuman (F&B) berskala besar membuktikan Melaka masih mempunyai potensi ekonomi yang kukuh serta terus diyakini pelabur.

“Apabila syarikat besar terus membuka outlet baharu di Melaka, ini menunjukkan keyakinan mereka terhadap ekonomi negeri dan ia merupakan perkembangan yang baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

101
Kongsi :
Previous post DARI ‘BANDAR MATI’ KE TRANSFORMASI AGENSI AGAMA, RAHMAD KONGSI PENGALAMAN TERAJUI 3 EXCO