
Permit import gandum dibatalkan – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 23 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan permit import (AP) gandum dibatalkan.
Beliau berkata perkara berkenaan dipersetujui Ahli Jemaah Menteri pada Mesyuarat Kabinet hari ini yang diawalkan sehari bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan.
“Semua kementerian juga diminta menyenaraikan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhkan untuk menjaga kepentingan pengguna Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas selesai mempengerusi mesyuarat Kabinet.
Sebelum ini, Ismail Sabri turut mengumumkan pemansuhan AP bahan makanan dalam langkah memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
Isu jaminan bekalan makanan menjadi perhatian serius bermula selepas Indonesia dilapor melarang eksport kelapa sawit, kemudian diikuti langkah India yang melaksana larangan eksport gandum.
Terbaharu, ayam menjadi isu negara selepas dilaporkan bekalannya berkurangan dalam negara.
Perdana Menteri hari ini turut mengumumkan AP ayam dimansuhkan termasuk ayam bulat dan keratan ayam bertujuan meningkatkan peluang penglibatan pengimport menyediakan lebih banyak sumber bekalan sebagai antara langkah jangka pendek mengatasi isu bekalan ayam buat masa ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PIALA KETUA MENTERI LAMBANG PENGHARGAAN BUAT WIRA MELAKA
SUNGAI UDANG 18 Julai - Sebanyak 16 pasukan badan beruniform termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal berentap dalam Kejohanan Sukan...
2 JIWA 1 HATI SATUKAN 4,000 RAKYAT, TENTERA DALAM SUKAN
SUNGAI UDANG 18 Julai - Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati menjadi medan penyatuan kira-kira 4,000 peserta daripada pelbagai latar...
SUKAN JADI TRADISI BAHARU SATUKAN KELUARGA BESAR MELAKA – KM
SUNGAI UDANG 18 Julai - Lebih 6,000 peserta bakal memeriahkan Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati dan Kejohanan Sukan Badan...
MELAKA BINA BANDARAYA SELAMAT, BERDAYA TAHAN
AYER KEROH 18 Julai - Setiap kemalangan di tempat kerja lazimnya tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya bermula daripada risiko kecil...
RM10,000, MOTOSIKAL MENANTI KAKI PANCING DI SUNGAI MELAKA
DUYONG 18 Julai - Hadiah keseluruhan bernilai RM30,000 menanti kaki pancing di Sungai Melaka, esok, bersempena Festival Sungai dan Pantai...
HEBAT: DATANG BAWA ADUAN, PULANG DENGAN JAWAPAN DAN PENYELESAIAN
MERLIMAU 18 Julai - Peluang bertemu secara bersemuka dengan pemimpin dan pegawai Kerajaan Negeri dimanfaatkan penduduk bagi mendapatkan penjelasan serta...
