Pengamal media ‘lidah’ masyarakat

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 23 Mei – Masyarakat di negeri ini menyifatkan pengamal media sebagai ‘orang tengah’ atau perantara dalam menyampaikan maklumat yang benar kepada orang ramai.

Muhammad Hisyamuddin Iskandariah Abdullah, 26, berkata pengamal media memainkan peranan besar khusus melaporkan fakta yang benar dan tepat mengenai sesuatu isu agar ia dapat difahami serta tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

“Sekarang ini warganet kerap memuat naik video atau berkongsi hantaran yang maklumatnya tidak sah atau meragukan, disinilah peranan penting dimainkan media iaitu melaporkan perkara yang betul.

“Media juga perlu jalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, salur maklumat yang betul dan bukannya khabar angin,” katanya ketika ditemui MHI di sini, hari ini.

MUHAMMAD Akmal Syafiq, 30. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu Muhammad Akmal Syafiq, 30, media menjadi ruang kepada orang ramai untuk menyuarakan permasalahan dan pendapat.

“Penggunaan pelbagai teknologi ketika ini menjadikan perkongsian maklumat media menjadi lebih pantas.

“Jika dahulu penyebaran maklumat lambat, kena baca akhbar baru tahu perkara yang sebenar,” katanya.

Manakala Muhammad Syafiq Hasbullah,33, berkata media adalah suara yang membawa permasalahan masyarakat kepada pihak yang berkenaan atau kerajaan bagi mendapatkan penyelesaian.

“Kewajipan setiap media adalah menyampaikan perkara dan maklumat yang benar, mereka perlu dapatkan maklumat daripada setiap sudut, bukannya sebelah pihak sahaja,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

800
Kongsi :
Previous post Eksport ayam 3.6 juta ekor sebulan dihentikan mulai 1 Jun – PM Ismail Sabri
Next post Permit import gandum dibatalkan – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=