Perniagaan ‘car boot sale’ dibenarkan

Masa Membaca:48 Saat

PUTRAJAYA 18 Feb. – Perniagaan ‘car boot sale’, kedai buku, pasar malam dan pasar tani dibenarkan di negeri yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua bentuk perniagaan itu adalah di bawah sektor peruncitan dan ia boleh dibuka negeri berkenaan.

“Ramai yang keliru dan bertanya sebab ada dalam kalangan mereka sudah lama tidak buka kedai buku.

“Ia dibenarkan termasuk ‘car boot sale’, pasar malam dan pasar tani,” katanya pada sidang media PKP, di Putrajaya, dekat sini.

Beliau berkata, bagi kawasan PKP, aktiviti yang masih tidak dibenarkan beroperasi antaranya spa, refleksologi, berurut dan perkhidmatan merias kuku.

Selain itu, jelas Ismail aktiviti pelancongan dan kebudayaan membabitkan pergerakan keluar dan masuk dari kawasan PKP Diperketatkan (PKPD) ke PKP tidak dibenarkan, begitu juga pelancongan merentas negeri.

“Begitu juga dengan aktiviti seminar, bengkel, kursus, latihan, ceramah, mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) serta majlis sosial juga tidak dibenarkan di kawasan PKP,” katanya.

Views:

2589
Kongsi :
Previous post Aktiviti pelancongan di Melaka dibenarkan
Next post Status kawalan kanabis kekal
Ubah saiz-+=