Aktiviti pelancongan di Melaka dibenarkan

Masa Membaca:47 Saat

PUTRAJAYA 18 Feb. – Bermula esok, kerajaan membenarkan pelaksanaan aktiviti di premis pelancongan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu bagaimanapun hanya jika ia beroperasi pada kadar 50 peratus daripada kapasiti premis dengan penjarakan fizikal.

“Kebenaran ini termasuk di lokasi seperti zoo, akuarium, pusat ‘edutainment’, taman semula jadi, sukan ekstrem, rekreasi dan ladang.

“Bagi kawasan PKP Pemulihan (PKPP), aktiviti pelancongan domestik dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal,” katanya pada sidang media PKP, di Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, kebenaran turut diberikan dengan syarat sama di premis hasil seni budaya dan warisan seperti perpustakaan, muzium, galeri seni, pentas persembahan budaya, pusat hiburan keluarga dan taman tema luar.

Beliau berkata, walaupun kebanyakan sektor dan aktiviti telah dibenarkan, masih terdapat sektor atau aktiviti yang masih di bawah senarai terlarang.

Senarai itu jelasnya boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Views:

388
Kongsi :
Previous post Ketua Menteri tiup api semangat kepada calon SPM 2020
Next post Perniagaan ‘car boot sale’ dibenarkan
Ubah saiz-+=