
Pesisiran Sungai Melaka Fasa 2 berwajah baharu
AYER KEROH 12 Jun – Pesisiran Sungai Melaka Fasa 2 bakal berwajah baharu dengan kerja-kerja pengindahan landskap yang sedang dilaksanakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, projek pengindahan landskap dan kawasan sekitar Sungai Melaka Fasa 2 itu melibatkan peruntukan sejumlah RM500,000.
“Kita tambah baik sekitar laluan Sungai Melaka Fasa 2 sejauh tiga kilometer dengan membina taman permainan, laluan pejalan kaki, penggantian ‘boardwalk’ kepada ‘concrete imprint’.
“Pada masa sama, kita juga membaik pulih ‘planter box’, hiasan landskap di bulatan, pemasangan kerusi taman dan menaik taraf laluan basikal, papan tanda serta logo berbasikal.
“Ada landskap yang sudah siap dan sedang dilaksanakan, selain dengan adanya hiasan bunga di kawasan ini, ia akan menceriakan lagi suasana untuk pengunjung atau pelancong yang datang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Shadan, usaha itu bukan sahaja dapat menceriakan kawasan sekitar Sungai Melaka Fasa 2, malah mampu menarik kedatangan pelancong serta pengunjung dari dalam dan luar Melaka.
“Sebelum ini di kawasan belakang Melaka Sentral dijadikan tempat pembuangan sampah-sarap, kini sudah berwajah baharu apabila kerja-kerja pengindahan landskap telah dilaksanakan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: JENTERA BN KUALA LINGGI SIAP SIAGA HADAPI HARI PENGUNDIAN
KUALA LINGGI 10 November – Jentera Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Linggi berada pada tahap...
PRN MELAKA: ZAHID HARAP MOMENTUM UNDI AWAL DIBAWA KE 14 NOVEMBER
TABOH NANING 10 November - Peratusan keluar mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang mencecah 94.96 peratus disifatkan...
ZAHID HORMATI KEPUTUSAN ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN
TABOH NANING 10 November - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghormati keputusan Setiausaha Agung DAP,...
AHMAD ZAHID JUNJUNG KASIH AGONG, MINTA SEMUA HORMATI KEPUTUSAN PENGAMPUNAN NAJIB
TABOH NANING 10 November - Kepimpinan Barisan Nasional (BN) menzahirkan penghargaan serta menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong, Sultan...
KUALA LINGGI MILIKI POTENSI EKONOMI BESAR – AB RAUF
KUALA LINGGI 10 November – Kuala Linggi berpotensi menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi di Parlimen Masjid Tanah menerusi pelaksanaan...
HELMY ‘CETUS’ INISIATIF PENGURUSAN JENAZAH PERCUMA
DUYONG 10 November - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong melaksanakan pendekatan amat menarik dan efisien dalam menjaga kebajikan anak...
