
Piala Tun Ali 2022: Beregu takraw Melaka akur bergelar naib johan
BANDAR MELAKA 21 Ogos – Melaka terpaksa berpuas hati bergelar naib johan acara beregu (double) pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 apabila tewas di tangan Perak pada aksi final sebentar tadi.
Pentas akhir yang berlangsung di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit dan dihadiri lebih 2,000 penyokong itu, Melaka terlebih dahulu di depan dengan kemenangan 21-19 pada set pertama.
Namun, kebangkitan Perak di set kedua menerusi gandingan Muhammad Asyraf Abdul Hadi dan Kittiphum Sareebut menyaksikan Melaka tewas 13-21.
Di set penentuan, Melaka terpaksa akur apabila sekali lagi tewas 13-21 untuk bergelar naib juara edisi sulung itu.
-Berita lanjut menyusul-
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...
