PKP 2.0: Tak boleh buka dobi layan diri walaupun ada penjaga – Ketua Polis

Masa Membaca:2 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 14 Jan. – Mana-mana dobi layan diri negeri ini tidak dibenarkan beroperasi walaupun mempunyai pekerja untuk merekodkan suhu pelanggan.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, langkah itu selari dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mana-mana negeri yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semasa hari pertama pelaksaaan PKP 2.0 semalam, terdapat kekeliruan apabila ada pengusaha dobi layan diri yang beroperasi dan menempatkan seorang pekerja untuk merekodkan suhu pelanggan.

“Bagaimanapun bermula hari ini, kita tidak benarkan lagi mereka beroperasi selari dengan arahan MKN kecuali kedai dobi konvensional,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) yang dikuatkuasakan di enam buah negeri termasuk Melaka selama 14 hari sejak semalam hingga 26 Januari ini menyaksikan beberapa aktiviti perniagaan tidak dibenarkan beroperasi

Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) Rabu lalu memaklumkan, antara operasi yang dilarang termasuk operasi kedai dobi layan diri dan gunting rambut, seperti yang dikuatkuasakan pada PKP pertama Mac 2020.

Waktu operasi bagi premis-premis tertentu turut berbeza seperti restoran yang hanya dibenarkan dibuka dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

SOP aktiviti yang tidak dibenarkan dalam kawasan PKP

Senarai aktiviti dan jenis perniagaan yang TIDAK dibenarkan di negeri PKP:

Aktiviti ekonomi

– Makan dalam restoran (hanya bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dibenarkan)
– Kedai dobi layan diri
– Kedai gunting rambut
-Kedai pakaian
– Kedai cermin mata
– Kedai gunting rambut, salon, spa dan refleksologi
– Pasar malam
– Kelas tuisyen, muzik, tarian, seni, mengaji, bahasa dan sebagainya
– Kelab malam, pub, pusat karaoke
– Konsert, acara langsung
– Aktiviti sosial
– Seminar, bengkel, kursus, persidangan, latihan
– Mesyuarat bersemuka agensi kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar dan boleh dilaksanakan menerusi sidang video
– Majlis rasmi dan majlis sosial
– Semua aktiviti sukan kecuali joging dan berbasikal

Berikut adalah waktu beroperasi bagi premis-premis tertentu:

SOP aktiviti yang dibenarkan dalam kawasan PKP

– Restoran/kedai makan/penjaja: 6 pagi – 8 malam
– Hospital, klinik: 24 jam/mengikut lesen kebenaran beroperasi
– Kedai farmasi: 6 pagi – 8 malam
– Kedai keperluan harian: 6 pagi – 8 malam
– Stesen minyak (kecuali di lebuhraya): 6 pagi – 10 malam
– Pasar harian dan pasar tani: 7 pagi – 2 petang
– Pasar borong: 12 tengah malam – 6 pagi serta 11 pagi – 4 petang
– Klinik dan kedai makanan haiwan: 6 pagi – 8 malam
– Kedai dobi (kecuali dobi layan diri): 6 pagi – 8 malam

Views:

1150
Kongsi :
Previous post Bumi makin ligat?
Next post Polis Melaka buat 25 sekatan jalan raya sepanjang PKP 2.0
Ubah saiz-+=