PKPB: peniaga lega boleh makan ikut kapasiti meja di restoran

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

PAYA RUMPUT 19 Feb – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) peluang terbaik untuk peniaga makanan menjana lebih banyak pendapatan berikutan pengunjung dibenarkan makan di restoran dan duduk mengikut kapasiti meja.

Pemilik restoren Blackbox Station Melaka, Abd Rahman Husin, 36, berkata pelaksanaan PKPB dengan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu itu, nyata memberi sedikit kelegaan kepada pengusaha makanan untuk terus menjana ekonomi yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 Mac tahun lalu.

ABD RAHMAN…PKPB beri sedikit kelegaan kepada pengusaha makanan untuk jana ekonomi yang terjejas sepanjang PKP 2.0.

Katanya, meskipun orang ramai masih belum dibenarkan merentas daerah dan negeri, namun dia mengharapkan pengunjung di kawasan berhampiran restorannya di Cheng dapat memanfaatkan kelonggaran diberikan untuk menikmati juadah di restoran.

“Bagi mengalakkan orang ramai berkunjung ke kedai, saya melakukan pelbagai strategi perniagaan termasuk menyediakan diskaun makanan atau memberi kelainan pada menu makanan.

“Sepanjang PKP 2.0 kami terpaksa ubah semua menu yang ada dengan harga berpatutan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Cheng, di sini hari ini.

Sementara itu, bagi Yusrizan Yusof, 37, dia tidak sabar untuk membawa keluarganya makan di restoran selepas sebulan makan di rumah.

YUSRIZAN gembira MKN beri kelonggaran pengunjung makan di gerai atau restoran mengikut kapasiti premis.

“Ketika di rumah, kadang-kadang terasa hendak ‘dine-in’ di kedai makan, bosan juga hari-hari makan di rumah, namun demi keselamatan kami akur arahan kerajaan.

“Tetapi sekarang Melaka pun sudah melaksanakan PKPB, saya sudah rancang untuk membawa isteri dan anak makan di luar namun sentiasa mengamalkan SOP ditetapkan untuk keselamatan semua,” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

404
Kongsi :
Previous post 10,000 rakyat Melaka dijangka terima suntikan vaksin fasa pertama, awal Mac depan
Next post Sesi persekolahan secara bersemuka disambung 1 Mac
Ubah saiz-+=