PKPD di Pusat Koreksional Jasin ditentukan Isnin depan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 19 Dis. – Satu Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan diadakan Isnin depan bagi menentukan cadangan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Jasin (PKJ).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan tersebut akan diperhalusi sebelum sebarang keputusan diambil pihaknya selepas mendapat keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi penilaian risiko di kawasan berkenaan.

“Kita akan bincang semula berikutan perkara ini seperti mana yang telah dicadangkan kerajaan negeri.

“Penilaian risiko akan dibentangkan oleh KKM dalam mesyuarat itu nanti dan kebiasaannya kita akan menerima setiap penilaian risiko yang membabitkan sesebuah lokasi sama ada perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ataupun PKPD, semua itu melalui KKM nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kali ke-27 di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh.

Hadir sama, Ketua Polis Negara yang juga Timbalan Pengerusi MCPF, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali mencadangkan perlaksanaan PKPD di pusat terbabit susulan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak di negeri ini.

Ujarnya, pelaksanaan itu penting dalam usaha mengawal dan mencegah penularan jangkitan daripada merebak kepada kakitangan penjara dan komuniti

Views:

1128
Kongsi :
Previous post PBT perlu tarik lesen pusat hiburan jika masih berdegil – Ismail Sabri
Next post TYT rasmi program tanam Pokok Kelat Paya
Ubah saiz-+=