TYT rasmi program tanam Pokok Kelat Paya

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KOTA LAKSAMANA 20 Dis – Sebanyak 700 anak Pokok Kelat Paya ditanam di sepanjang Dataran Rempah Sungai Melaka di Taman Lagenda di sini bagi menghijaukan lagi landskap di kawasan sekitar.

Program Penanaman 700 Anak Pokok Kelat Paya itu dirasmikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang turut menanam pokok berkenaan sekaligus merasmikannya.

Program inisiatif Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) lebih istimewa apabila Mohd Ali tampil santai melakukan gotong-royong menanam pokok tanpa terikat dengan protokol rasmi.

Beliau yang turut diiringi Presiden MGBM, Mohd Ridhuan Mohd Ali dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berjalan sejauh kira-kira dua kilometer bagi memastikan aktiviti gotong-royong penanaman pokok kelat paya itu berjalan lancar.

Presiden MGBM, Mohd Ridhuan Mohd Ali berkata ketika gotong-royong berkenaan, Mohd Ali mencadangkan kepadanya supaya menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan anak angkat MGBM.

“Dengan cara itu, secara tidak langsung dapat memastikan agenda untuk menghijaukan bumi Melaka berjalan dengan sempurna sekaligus apa yang diusahakan itu memberi kepada rakyat negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

Pokok Kelat Paya atau nama botaninya Eugenia papillose Duthie adalah pokok yang biasa ditemui sering dijadikan tanaman hiasan.

Pokok ini menarik kerana sentiasa mengeluarkan pucuk-pucuk daun berwarna kemerahan atau merah jambu sepanjang tahun.

 

Views:

1418
Kongsi :
Previous post PKPD di Pusat Koreksional Jasin ditentukan Isnin depan
Next post COVID-19: Rakyat Malaysia antara 15 kes import tidak bergejala di Singapura
Ubah saiz-+=