
PKPD Taman Mewah, Kelemak dilanjutkan sehingga 30 Julai
KUALA LUMPUR 15 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan dua minggu lagi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan PKPD di kawasan itu akan dilanjutkan sehingga 30 Julai ini.
Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan PKPD di kawasan itu bermula 3 Julai susulan berlaku peningkatan kes COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.
Mengikut data dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, mukim Kelemak, Alor Gajah masih merekodkan pertambahan kes, dengan jumlah 235 kes yang masih aktif setakat hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JANGAN ‘GHAIRAH’ KUTIP KERANG SAMPAI LUPA KESELAMATAN DIRI – DATUK BANDAR MBMB
KLEBANG 22 Oktober - Orang ramai dinasihatkan agar lebih peka terhadap aspek keselamatan dan kebersihan sepanjang Pantai Klebang ketika menjalankan...
WRUR DURIAN TUNGGAL BAWA KELAINAN, TAMPIL ‘EXCO ANGKAT’ SETIAP KAMPUNG
DURIAN TUNGGAL 22 Oktober - Inisiatif 'Exco Angkat' bagi setiap kampung bakal memberikan impak lebih berkesan pada penganjuran Program Wakil...
MAIM BUKA PERMOHONAN SERTAI SKUAD SUKARELAWAN BALAI ISLAM
AYER KEROH 22 Oktober - Umat Islam berusia 21 hingga 60 tahun di negeri ini dipelawa menyertai Skuad Sukarelawan Balai...
MPJ TEKAD PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI DALAM KALANGAN PEGAWAI
JASIN 22 Oktober - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) komited memperkukuh tadbir urus dan integriti penjawat awam menerusi penganjuran Kursus Modul...
FSSSM: PERTANDINGAN MEMANCING SUNGAI MELAKA KEMBALI, TAWAR HADIAH MENARIK
BANDARAYA MELAKA 22 Oktober - Hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 menanti pemenang pada pertandingan memancing sempena Festival Seni Selat Melaka...
KERAJAAN NEGERI TERIMA SUMBANGAN RM5 JUTA DARIPADA KUM
SERI NEGERI 22 Oktober - Kerajaan Negeri menerima sumbangan tahunan berjumlah RM5 juta daripada Koridor Utiliti Melaka (KUM) dalam satu...