
28 positif di Kampung Portugis
UJONG PASIR 15 Julai – Seramai 28 individu telah disahkan positif COVID-19 di Kampung Portugis sekali gus mencetuskan Kluster Jalan D’Aranjo di negeri ini.
Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman berkata, kluster membabitkan komuniti kampung itu diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.
“Seramai 82 kontak rapat telah disaring dan daripada jumlah itu 28 disahkan positif COVID-19 setakat hari ini,” katanya kepada MHI.
Semalam, KKM mengumumkan Kluster Jalan D’Aranjo yang dikesan membabitkan komuniti di Jalan D’Aranjo, Kampung Portugis di sini.
Kluster itu dipercayai merebak disebabkan aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan berkenaan.
Kes indeks merupakan lelaki warganegara Malaysia berusia 20 tahun yang dikesan bergejala pada 6 Julai dan disahkan positif pada 10 Julai lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
AB RAUF FAIL SAMAN TERHADAP MOHAMAD ALI
AYER KEROH 20 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman...
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...


