PM beri komitmen bantu Rohana

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan komitmen untuk membantu Rohana Abdullah yang ditinggalkan ketika berusia dua bulan di sebuah tadika di sini, 22 tahun lepas selepas ibunya pulang ke Indonesia.

Perkara itu dinyatakan Ismail Sabri menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial Setiausaha Akhbarnya Asyraf Afnan Ahmad Murtadza.

Menerusi perkongsian itu, perdana menteri yang dilihat berada dalam kenderaan telah menghubungi sendiri Rohana bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kesulitan yang dihadapi gadis berkenaan.

Ismail Sabri berkata beliau mengetahui mengenai kesulitan yang dialami Rohana selepas membaca mengenainya di akhbar.

Perdana Menteri berkata pihaknya akan menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara bagi membantu urusan dokumentasi Rohana bagi membolehkan dokumen identiti diberikan kepadanya.

“Kalau ada apa-apa (perkembangan) nanti, pegawai saya akan hubungi awak,” kata Perdana Menteri menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 5 saat itu.

Rohana juga didengar mengucapkan terima kasih dan berharap perdana menteri dapat membantunya.

Rohana, 22, ditinggalkan ibunya seorang warga Indonesia dan dijaga selama hampir 20 tahun oleh seorang wanita, Chee Hoi Lan, 83, yang merupakan guru tadika di tempat ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan. Foto MyMetro

Media sebelum ini melaporkan Rohana, 22, ditinggalkan ibunya seorang warga Indonesia dan dijaga selama hampir 20 tahun oleh seorang wanita, Chee Hoi Lan, 83, yang merupakan guru tadika di tempat ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Rohana dilaporkan terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta pernah mengalami kebimbangan (anxiety) akibat daripada masalah yang dihadapinya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

928
Kongsi :
Previous post Tapak pelupusan sampah Sungai Burung terbakar: 86 keluarga dipindah ke dua PPS
Next post Kerja pembersihan pascabanjir capai 98.17 peratus siap – NADMA
Ubah saiz-+=