
Pokok hempap kereta, lima beranak terselamat
BATU BERENDAM 17 Dis – Lima sekeluarga berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Meranti, Taman Merdeka, di sini, hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 2.20 petang, apabila kereta PROTON Saga dinaiki mereka tiba-tiba dihempap pokok tumbang sebaik melalui lokasi kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.27 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba pasukan bomba mendapati terdapat pokok tumbang menghempap sebuah kereta dan melintangi jalan raya.
“Kesemua mangsa iaitu suami isteri dan tiga anak berusia antara 19 hingga 59 tahun berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Menurut beliau, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka oleh Unit EMRS bagi mendapatkan rawatan.
Katanya, operasi menyelamat turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan operasi mengalih pokok tumbang masih diteruskan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
