
POLIS JASIN POTONG BEKALAN ELEKTRIK DI LIMA PREMIS JUDI HARAM
JASIN, 18 Okt – Lima premis yang menjalankan kegiatan perjudian di daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata tindakan itu dilakukan bagi melumpuhkan aktiviti perjudian haram terutama melibatkan judi dalam talian.
“Berdasarkan risikan, dua premis disyaki menjalankan aktiviti loteri awam tanpa lesen dan tambah nilai judi dalam talian manakala tiga lagi premis menjalankan penjualan tambah nilai judi dalam talian.
“Kesemua premis berkenaan baru dibuka dan kali pertama digempur, selain terdapat beberapa tangkapan melibatkan individu yang menjalankan aktiviti perjudian itu dilakukan dalam serbuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan pemotongan elektrik dilakukan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan polis terus bekerjasama dengan TNB untuk menggempur premis yang menjalankan aktiviti perjudian di sekitar daerah itu.
Ahmad Jamil turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti judi haram supaya menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA NEGERI MAJU, PERLU DISOKONG INFRASTRUKTUR TENAGA TERBAIK
SUNGAI UDANG 6 November - Keperluan bekalan air dan elektrik yang mencukupi menjadi antara aspek utama diberi perhatian Kementerian Peralihan...
MANIFESTO BN-PN: SAGUHATI UNTUK PASANGAN BAHARU BERKAHWIN
AYER KEROH 6 November - Pasangan baharu berkahwin di Melaka bakal menerima saguhati one-off bagi membantu meringankan sebahagian perbelanjaan memulakan...
MANIFESTO BN-PN: BIL AIR PERCUMA UNTUK PENGGUNA DOMESTIK BAWAH 20 METER PADU
AYER KEROH 6 November - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menawarkan kemudahan bekalan air percuma kepada pengguna domestik...
PRN MELAKA: ‘KALAU ADO KOCOMASAN ACIK ZUL PALING COPEK SAMPAI’
TABOH NANING 6 November - Meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi penggal terdahulu dibubarkan pada 23 Oktober lalu dan...
PRN MELAKA: MISI ABDUL HAKIM MAHU NOKTAHKAN ISU BANJIR MASJID TANAH
LENDU 6 November - Isu banjir yang sekian lama membelenggu penduduk sekitar Masjid Tanah terus menjadi perhatian calon Barisan Nasional...
RM2 JUTA TANGANI HAKISAN TEBING SUNGAI BERTAM ULU
SUNGAI UDANG 6 November - Peruntukan awal kira-kira RM2 juta akan disalur Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi...
