
Polis Marin rampas mercun, bunga api bernilai RM83,000
Komandernya ACP Muhd Zailani Abdullah berkata serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota PPM pada 6.30 petang itu turut menahan seorang lelaki berusia 49 tahun disyaki menyimpan sejumlah mercun dan bunga api berkenaan.
Beliau berkata mercun dan bunga api tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan sempena Hari Raya Aidilfitri.
“Sebaik menerima maklumat daripada orang awam, pasukan operasi telah bergegas ke premis berkenaan dan menemukan 63 kotak berisi pelbagai jenis mercun serta bunga api dianggarkan bernilai RM83,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhd Zailani berkata kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada PPM Wilayah Dua Johor di talian 07-2372221 atau 07-2372 222. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAJORITI MENINGKAT LEBIH LAPAN KALI GANDA, BAN HONG TEKAD BANGUNKAN KLEBANG
SERI NEGERI 15 November - Peningkatan majoriti lebih lapan kali ganda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan Ahli...
TUMINAH TEKAD TIDAK SIA-SIAKAN MANDAT WARGA PANTAI KUNDOR
AYER KEROH 15 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan...
TANGANI BANJIR JADI MISI PERTAMA NADARAJAH DI GADEK
SERI NEGERI 15 November - Masalah banjir yang sekian lama membelenggu penduduk menjadi antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)...
MANDAT BESAR PENGUNDI AYER MOLEK BUAT MOHD RIDHWAN
SERI NEGERI 15 November - Kemenangan dengan majoriti lebih 13,000 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menjadi amanah besar...
SUBUH HINGGA TENGAH MALAM, TOK AZMAN TERUS BERKHIDMAT
SERI NEGERI 15 November – Jadual kerja dari awal pagi hingga tengah malam kekal menjadi komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri...
‘POGHUT AYER LIMAU’ BAKAL BERKEMBANG, ANAK MUDA DAN PENDIDIKAN JADI FOKUS HAMEED
SERI NEGERI 15 November - Gagasan Poghut Ayer Limau bakal diperkasakan menerusi penambahan komponen baharu bagi memastikan lebih banyak komuniti...
