Wisma Putra serah hasil siasatan rakaman audio tular kepada PDRM

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR, 15 April – Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) menyerahkan hasil laporan hasil siasatan dalaman berhubung rakaman audio yang tular di media sosial baru-baru ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan sewajarnya.

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata berdasarkan penelitian bukti dan keterangan beberapa saksi, Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri telah mengenal pasti individu yang disyaki membuat rakaman yang mengandungi tuduhan yang tidak berasas berhubung Kementerian Luar Negeri.

Individu itu telah dipanggil untuk membantu siasatan dan beliau telah membuat pengakuan sepenuhnya bahawa rakaman suara itu dibuat oleh beliau sendiri dan individu yang bergelar “Datin” itu merupakan seorang pegawai kepada bekas Menteri Luar Negeri sebelum pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan ataupun Kerajaan Perikatan Nasional.

“Memandangkan laporan polis berhubung perkara yang telah tular ini telah dibuat 11 April 2022 dan ianya turut melibatkan individu di luar Kementerian Luar Negeri, maka Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri akan diserahkan kepada Pihak Polis Diraja Malaysia,” kata kenyataan itu.

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman suara perbualan seorang lelaki berkaitan Kementerian Luar Negeri yang disampaikan kepada seorang individu bergelar ‘Datin’. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1057
Kongsi :
Previous post Polis Marin rampas mercun, bunga api bernilai RM83,000
Next post DUN Machap Jaya: Hee Sem teruja belajar buat kuih puteri mandi
Ubah saiz-+=