Polis nafi video tular satu keluarga mati di rumah akibat COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BATU BERENDAM 26 Mei – Polis menafikan kejadian sebuah keluarga mati akibat dijangkiti COVID-19 di sebuah kediaman di Taman Merdeka seperti ditularkan menerusi video hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad menegaskan setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes kematian itu.

TANGKAP layar, video tular memaparkan beberapa individu mengangkat mayat ke dalam trak polis.

“Setakat ini pihak polis menafikan kejadian ini berlaku di Melaka Tengah dan saya mengesahkan tiada laporan polis diterima berhubung kes kematian sebuah keluarga disebabkan COVID-19 diterima seperti mana dakwaan dalam video tular itu

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu seperti yang berlaku kali ini supaya tidak mendatangkan panik kepada orang rama ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19,” katanya ringkas kepada Melaka Hari Ini.

Afzanizar berkata perbuatan berkongsi berita palsu atau tidak dapat dipastikan kesahihannya adalah satu kesalahan kerana mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

Terdahulu, tular video berdurasi 20 saat menerusi aplikasi WhatsApp disebarkan individu tidak bertanggungjawab mendakwa kejadian berlaku membabitkan sebuah keluarga yang mati selepas menjalani perintah kuarantin di rumah.

Video pendek itu memaparkan beberapa individu dipercayai petugas kesihatan lengkap berpakaian pelindung diri (PPE) mengusung mayat ke dalam sebuah trak polis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

447
Kongsi :
Previous post PKP 3.0 tidak jejas persiapan MUFC
Next post Mangsa insiden LRT boleh tuntut bantuan Faedah Perkeso
Ubah saiz-+=