
Polis rampas mercun lebih RM200,000 ditemukan dalam rumah kosong
BATU PAHAT, 20 Mac – Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM212,000 yang ditemukan dalam 193 kotak di sebuah rumah kosong, di Taman Harmoni, Parit Sulong, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata mercun dan bunga api itu ditemukan kira-kira pukul 12.10 malam di dalam rumah kosong tanpa bekalan air dan elektrik, dipercayai sebelum dipasarkan di pasaran tempatan.
Beliau berkata pihaknya sedang berusaha pemilik rumah berkenaan, dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara boleh sampai tujuh tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
