
Polis tahan lelaki disyaki dera anak perempuan berusia dua tahun
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan pada 10.30 malam susulan laporan yang dibuat nenek mangsa Ahad lepas, selepas mendapati cucunya itu mengalami luka di bahagian kepala, lengan selain terdapat kesan melecur.
Beliau berkata kanak-kanak yang tinggal bersama ibu bapa dan adik perempuannya berumur setahun itu memberitahu neneknya bahawa dia didera semasa berada di rumah, dan kanak-kanak itu sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.
Dalam kenyataan hari ini beliau berkata siasatan awal mendapati terdapat kesan cedera lama dan baharu pada badan kanak-kanak itu, dan suspek disyaki mendera kanak-kanak itu kerana dikatakan lasak.
Mohd Azam berkata saringan ujian air kencing mendapati suspek yang bekerja sambilan sebagai penghantar minyak itu positif dadah, dan mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes narkotik.
Suspek kini direman hingga 8 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: BN TANGGA BATU PERKUKUH JENTERA, TERIMA SOKONGAN KEDAH DAN PERAK
SUNGAI UDANG 17 Oktober – Barisan Nasional (BN) Bahagian Tangga Batu memperkukuh kesiapsiagaan jentera pilihan raya dengan sokongan kepimpinan dan...
PRN MELAKA: BN UMUM CALON 28 OKTOBER, KEKAL SASAR 21 KERUSI
SUNGAI UDANG 17 Oktober – Barisan Nasional (BN) Melaka akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri...
TANGGA BATU PARLIMEN PERTAMA LANCAR JENTERA BN HADAPI PRN MELAKA
SUNGAI UDANG 17 Oktober – Tangga Batu menjadi kawasan Parlimen pertama di Melaka melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN)...
‘BATU TENGGEK’, PERMATA SENJA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Keindahan panorama senja di Batu Tenggek, Kampung Pasir Gembur, di sini, semakin menjadikan kawasan itu...
NILAI EKSPORT CECAH RM18.33 BILION, TIGA STRATEGI PACU INDUSTRI KOKO NEGARA
BANDA HILIR 17 Oktober - Nilai eksport biji koko dan produk berasaskan koko Malaysia meningkat kepada RM18.33 bilion pada 2025...
TOK RAUF SEBAK KONGSI PERJALANAN GENGGAM PHD PADA USIA 65 TAHUN
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi perjalanannya...

