PPK Jasin bantu 10 peniaga baharu

Masa Membaca:57 Saat

JASIN 24 Dis. – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jasin memberi bantuan kepada 10 peniaga baharu bagi memulakan perniagaan sepanjang pandemik COVID-19 di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Wira Ghazale Muhammad berkata, inisiatif itu termasuk membekalkan khemah serta meja kepada peniaga terpilih untuk menjana pendapatan.

“Ini juga sasaran kerajaan negeri dalam pembentangan Belanjawan Melaka 2021 yang lalu di mana peniaga dibenarkan berniaga dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita cuba memberi galakkan kepada ahli-ahli PPK Jasin, mereka boleh berniaga di kawasan yang bersesuaian tetapi dengan izin PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan modal niaga dan bantuan khemah niaga di Perkarangan PPK Jasin, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PPK Jasin, Ahmad Baharuddin merangkap Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Melaka.

Jelasnya, suntikan modal itu secara tidak langsung memberi kemudahan kepada peniaga baharu untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan di peringkat awal.

“Usaha PPK Jasin ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang membenarkan mereka berniaga, namun mereka perlu patuhi syarat ditetapkan PBT terutamanya melibatkan jualan makanan dan minuman.

“Walaupun diberi kelonggaran berniaga, namun kita masih mengawal peniaga-peniaga ini supaya mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Views:

559
Kongsi :
Previous post Penceramah di Melaka perlu dapat tauliah – Sulaiman
Next post PPK Jasin sasar pelaburan RM1.5 juta
Ubah saiz-+=