PRN MELAKA: ABDUL HAKIM DIUMUM CALON BAHARU BN DUN LENDU

Masa Membaca:29 Saat

AYER KEROH 24 Oktober – Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N04 Lendu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Abdul Hakim adalah muka baharu yang diperkenalkan BN bagi membawa suara rakyat Melaka.

PRN Melaka Ke-16 dijadual berlangsung pada 14 November ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

827
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: NOOR HELMY SEKALI LAGI JADI PILIHAN BN DUN DUYONG
Next post PRN MELAKA: ‘ACIK ZUL’ BAWA CABARAN BN DI DUN TABOH NANING