PRN MELAKA: NOOR HELMY SEKALI LAGI JADI PILIHAN BN DUN DUYONG

Masa Membaca:27 Saat

AYER KEROH 24 Oktober – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem sekali lagi diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mewakili kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

PRN Melaka dijadual berlangsung pada 14 November ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

388
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN CALONKAN SEMULA HAMEED DI DUN AYER LIMAU
Next post PRN MELAKA: ABDUL HAKIM DIUMUM CALON BAHARU BN DUN LENDU