PRN MELAKA: BN CALONKAN SEMULA HAMEED DI DUN AYER LIMAU

Masa Membaca:25 Saat

AYER KEROH 24 Oktober – Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer kembali dicalonkan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

PRN Melaka Ke-16 dijadual berlangsung pada 14 November ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

493
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: AB RAUF PERTAHAN KERUSI DUN TANJUNG BIDARA
Next post PRN MELAKA: NOOR HELMY SEKALI LAGI JADI PILIHAN BN DUN DUYONG