PRN MELAKA: AHMAD ZAHID CADANG AKMAL JAGA PORTFOLIO E-SUKAN MELAKA

Masa Membaca:54 Saat

MERLIMAU 13 November – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dicadangkan untuk diberikan tanggungjawab menjaga portfolio e-sukan Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bagi memberi perhatian khusus terhadap pembangunan e-sukan di negeri ini.

Menurutnya, cadangan berkenaan mengambil kira perkembangan e-sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan golongan muda dan berpotensi dikembangkan sebagai bidang yang lebih kompetitif.

“Saya akan mencadangkan kepada Datuk Rauf agar salah satu portfolio Datuk Akmal adalah Exco yang menjaga e-sukan untuk Negeri Melaka.

“Siapa setuju? Lebih semua bersetuju. Alhamdulillah,” katanya ketika berucap merasmikan AZH Jelajah E-Sukan Melaka Biru 2026 di Pekan Merlimau, di sini, pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata, beliau melihat e-sukan sebagai bidang baharu yang mampu menjadi aktiviti sihat kepada golongan muda, selain membuka peluang kepada mereka mengembangkan bakat sehingga ke peringkat antarabangsa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

172
Kongsi :
Previous post GIATMARA MELAKA BAKAL JADI PUSAT LATIHAN E-SUKAN NASIONAL – AHMAD ZAHID