
PRN Melaka: Dijangka hujan sebelah pagi pada hari mengundi
AYER KEROH 17 Nov – Satu atau dua tempat dijangka akan mengalami hujan di sebelah pagi pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Menurut ramalan cuaca MetMalaysia, hujan sebelah pagi itu dijangka berlaku di kawasan pantai.
Bagaimanapun, cuaca diramal baik di seluruh negeri pada sebelah petang dan malam.
Untuk rekod, seramai 495,196 pengundi layak mengundi pada PRN Melaka, pada Sabtu, 20 Nov.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 tempat mengundi (saluran) akan dibuka untuk rakyat negeri ini menunaikan tanggungjawab selepas Dewan Undangan Negeri dibubar pada 4 Okt lalu.
Waktu mengundi ditetapkan dari jam 8 pagi sehingga 5.30 petang dengan kesemua pengundi disaran mengikut cadangan masa keluar mengundi yang ditetapkan SPR bagi mengelakkan kesesakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SUKAN WADAH PENYATUAN RAKYAT, TENTERA DAN ANGGOTA BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 1 Ogos - Kem Terendak menjadi tumpuan lebih 30,000 orang pengunjung sepanjang dua minggu berlangsungnya Kejohanan Sukan Dua...
LEBIH 6,000 PESERTA JAYAKAN SUKAN DUA JIWA SATU HATI, BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 1 Ogos - Penganjuran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati & Kejohanan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua...
MAPEX 2026 PUSAT SEHENTI BANTU RAKYAT BELI RUMAH DENGAN BIJAK
BANDARAYA MELAKA 1 Ogos - Ekspo Perumahan dan Hartanah Negeri Melaka (MAPEX) Kali Ke-2 2026 adalah pusat sehenti membantu rakyat...
PPSPM TAWAR SUASANA PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN, PUPUK SEMANGAT CINTAKAN SEJARAH
BANDARAYA MELAKA 1 Ogos - Seramai 120 murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Rambai menyertai Program Lawatan Sambil...
EMIR HARITH BUKTIKAN DISLEKSIA BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA
DURIAN TUNGGAL 1 Ogos - Siapa sangka di sebalik kekurangan apabila disahkan disleksia sejak kecil, Emir Harith Junizam, 18, berjaya...
LEBIH 5,000 MERIAHKAN MALAM KEBUDAYAAN DUA JIWA SATU HATI
SUNGAI UDANG 1 Ogos - Lebih 5,000 pengunjung hadir memeriahkan Malam Persembahan Kebudayaan sempena Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati...

