PRN Melaka penanda aras BN terus langkah pembaharuan – Zahid

Masa Membaca:58 Saat

MELAKA 22 Nov – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi kayu pengukur untuk memperkasa landskap politik Barisan Nasional (BN) secara menyeluruh.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan terus memberi komitmen bagi meneruskan langkah pembaharuan dalam parti.

Katanya, ia selaras dengan perkembangan dan perubahan landskap politik serta pertambahan demografi pengundi.

“PRN Melaka menjadi penanda aras penting untuk proses muhasabah, menginsafi kelemahan, menilai kemampuan dan melakukan perekayasaan BN secara konstruktif.

“Kemenangan ini menambahkan semangat kepada BN untuk memperkukuh langkah ke hadapan demik mewujudkan kestabilan dan kemampuan diimpikan oleh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau dalam pada itu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk pemimpin parti dan petugas barisan hadapan kerana menjalankan tanggungjawab masing-masing demi memastikan kelancaran pilihan raya.

Tambahnya, penghargaan turut diberikan kepada rakyat negeri Melaka kerana melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk membina kerangka demokrasi berparlimen negara.

“Justeru dengan penuh kerendahan jiwa dan kesedaran dhamir, BN mengucapkan kesyukuruan kepada Tuhan dan terima kasih rakyat Melaka atas sokongan padu yang diberikan.

“Tahniah diucapkan kepada calon-calon BN yang memenangi 21 kerusi dari keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

516
Kongsi :
Previous post PRN Melaka – 4 faktor utama pengundi beralih angin – BH
Next post Piala Malaysia: Melaka United kuat, KL City liat
Ubah saiz-+=