
PRN Sabah: 54 peratus keluar mengundi setakat 2 petang – SPR
KOTA KINABALU 26 Sept. – Tiga jam sebelum proses pengundian berakhir, sebanyak 54 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi setakat 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jumlah itu meningkat berbanding 48 peratus pada 1 tengah hari.
SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.
Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.
Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
ZOO MELAKA, PPSPM LANCAR BOT HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 25 Julai - Zoo Melaka terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)...
WRUR PANTAI KUNDOR: KES DENGGI MELAKA TURUN 45.5 PERATUS, SIFAR KEMATIAN
PANTAI KUNDOR 25 Julai - Melaka merekodkan penurunan 45.51 peratus kes demam denggi bagi tempoh sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-28...
1,000 NELAYAN MELAKA TERIMA ALAT PENGESAN IKAN BERMULA HUJUNG OGOS
AYER KEROH 25 Julai - Kira-kira 1,000 nelayan berdaftar di Melaka dijangka menerima peranti Global Positioning System (GPS) dan alat...
CIKO, ZANA DAN PIA JADI DUTA KONSERVASI HARIMAU MALAYA ZOO MELAKA
AYER KEROH 25 Julai - Tiga Harimau Malaya yang menghuni Zoo Melaka iaitu Chiko, Zana dan Pia terus memainkan peranan...
BANJIR: SKUAD TOK RAUF GERAKKAN BANTUAN SEGERA, AGIH 2,000 PEK MAKANAN
PENGKALAN BATU 25 Julai - Skuad Tok Rauf menggerakkan misi bantuan segera dengan mengagihkan 2,000 pek makanan bermasak kepada mangsa...
‘BAWANG MELAKA’ BAKAL DIPERKENALKAN
AYER KEROH 25 Julai - Selepas memperkenalkan Beras Melaka dan mengetengahkan Jagung Melaka, Kerajaan Negeri kini menyasarkan untuk menghasilkan Bawang...

