Program rakyat suntik semangat patriotik

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER LIMAU 17 September – Kerajaan negeri disarakan mempelbagaikan lagi program rakyat agar semangat patriorisme dan cintakan negara dalam diri anak bangsa tidak terhakis.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, penganjuran program berunsurkan patriotisme dan pembentukan Negara Malaysia tidak perlu menunggu tarikh sambutan tertentu sebaliknya diadakan secara berterusan.

Annuar menyambut baik penganjuran Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau yang dianggap menjadi medan menanam dan menyuntik semangat patriotik dalam kalangan penduduk di kawasan kampung.

“Program seperti ini mesti dirakyatkan supaya patriotisme itu terus kekal terbina dalam insitusi masyarakat dan keluarga, bukan hanya peringkat organisasi kerajaan sahaja.

“Seterusnya, pasca COVID-19 proses pemulihan itu mampu menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi terutama di kawasan kampung, kita boleh pertingkatkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Sambutan Hari Malaysia DUN Ayer Limau di Kompleks Japerun Ayer Limau, Lubok China, di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem;Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Adun Kuala Linggi, Rosli Abdullah, Adun Taboh Naning, Zulkiflee Md. Zin dan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) negeri, Shahrom Ravin Daram Abdullah.

Terdahulu program selama sehari bermula jam 8 pagi itu dihadiri lebih 500 penduduk sekitar dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan memasak, nyanyian patriotik, pakaian patriotik, mewarna dan kuiz kenegaraan dianjurkan.

Antara program menarik diatur pada sebelah malam adalah wayang pacak dan persembahan deklamasi sajak
bagi menyingkap suasana zaman sebelum kemerdekaan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1758
Kongsi :
Previous post Syarikat telko perlu peka isu capaian internet luar bandar
Next post Al-Quran rapatkan ukhuwah
Ubah saiz-+=