
PROMOSI APRIL LEBIH BERBALOI DI MELAKA WONDERLAND
AYER KEROH 15 April – Bermula 17 hingga 19 April ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort tampil dengan promosi istimewa yang pastinya lebih berbaloi kepada pengunjung, khususnya keluarga yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.
Menerusi Promosi Melaka Wonderland Theme Park di MATTA Fair Melaka 2026 di Mahkota Parade, pengunjung berpeluang menikmati tawaran ‘Jualan Gempak’ sepanjang tiga hari pameran itu berlangsung.
Tawaran istimewa itu boleh didapati orang ramai dengan datang terus ke reruai (booth) nombor 3 di MATTA Fair Melaka 2026 sekali gus menjadikan kunjungan ke taman tema air ini lebih jimat dan berbaloi.
Menerusi pembelian istimewa itu, tempoh sah penggunaan tiket tersebut adalah sehingga 31 Ogos 2026. Tawaran adalah terhad dan orang ramai disaran memanfaatkan peluang bagi merebut tawaran istimewa itu.
Selain itu, pengunjung yang membuat tempahan awal turut menikmati separuh harga diskaun untuk aktiviti tasik seperti Pedal Boat, Tube Ride dan Fish Feeding, yang menjadi antara tarikan utama kepada pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.

Promosi Jualan Gempak di Matta Fair Melaka 2026 itu juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai permainan air serta kemudahan rekreasi dalam suasana yang selesa dan selamat, sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya ketika musim cuti dan hujung minggu.
Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Seow Cheng Swee, berkata promosi tersebut diperkenalkan sebagai usaha untuk memberikan lebih banyak nilai tambah kepada pengunjung.
“Melalui tawaran ini, pengunjung bukan sahaja dapat berjimat, malah berpeluang menikmati pengalaman riadah yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya.
Selain itu, Melaka Wonderland Theme Park & Resort turut menyediakan pelbagai tarikan menarik termasuk permainan air, aktiviti santai serta kemudahan mesra keluarga yang menjadikannya antara destinasi pilihan utama di Melaka.
Orang ramai disaran mengambil peluang promosi Jualan Gempak dan merancang percutian bersama keluarga di Melaka Wonderland Theme Park yang menjanjikan pengalaman menyeronokkan dengan tawaran lebih penjimatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


