PRU15: BN Melaka sah umum calon Selasa ini

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 30 September – Barisan Nasional (BN) Melaka akan mengumumkan senarai nama calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Selasa ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Beliau berkata, terdapat desas-desus yang mengaitkan tarikh pengumuman senarai itu pada 2 November ini dan mengakui berita itu adalah benar.

“Itu bukan khabar angin, memang betul pun (kerana) apa pun hari pengumuman calon tu mesti dibuat tiga hari sebelum penamaan calon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan program Himpunan Bermotor Negeri Melaka diadadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini hari ini.

F6EAFEE6-4E27-4A45-8148-82AD7F16DD97
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal RXZ kepada pemenang, Nor Farizah Jaafar sempena Himpunan Bermotor Negeri Melaka di Dataran Sejarah Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, ketika ditanya lokasi parti itu akan mengumumkan pencalonan berkenaan beliau menjawab akan memaklumkan semula mengenai perkara itu.

“Saya akan maklumkan di mana nanti,” katanya.

Minggu lalu, MHI melaporkan parti itu memberi jaminan akan meletakkan muka baharu yang akan dipertandingkan di negeri ini menjelang PRU15.

Ab Rauf berkata, ia termasuk calon UMNO di semua empat kerusi Parlimen iaitu Jasin, Hang Tuah Jaya, Tangga Batu dan Masjid Tanah, selain Kota Melaka dan Alor Gajah yang akan diwakili oleh calon MCA.

“Semua calon BN di Melaka adalah muka baharu, termasuk di Jasin selepas penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Hamzah yang sudah menyatakan hasrat tidak mahu dicalonkan pada PRU kali ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2568
Kongsi :
Previous post Seni silat perlu ada dalam aktiviti kokurikulum sekolah – PESAKA
Next post Bersatu parti kuat ‘merajuk’ – Ab Rauf
Ubah saiz-+=