Bersatu parti kuat ‘merajuk’ – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 30 Oktober – “Itulah kaedahnya mereka yang tidak ada nilai sebuah perjuangan. Dalam perjuangan ini tak perlu merajuk,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

12814783-56E0-4659-AFFA-3D76547060F7
Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada sidang media selepas menghadiri Himpunan Bermotor Negeri Melaka di Dataran Sejarah Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata, perjuangan dalam rata-rata wakil rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah sama dan mengamalkan politik lompat parti.

“Tak perlu merajuk, tak perlu kita (mereka) menunjukkan bahawa kita tak dapat tempat (selepas itu) terpaksa letakkan semua jawatan.

“Itulah nilai Bersatu dan mereka-mereka yang melompat masuk Bersatu ini pun sama juga nilai dia.

“Kita tak pedulikan parti itu, yang penting UMNO mesti stabil dan mesti menuju ke Putrajaya,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan program Himpunan Bermotor Negeri Melaka diadadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Naib Presiden Bersatu, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen yang mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Mohd Rafiq yang juga penyandang Parlimen Tangga Batu mengumumkan perkara itu selepas beliau tidak dicalonkan untuk bertanding di Parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menerusi sidang media khas diadakan di Pantai Puteri, beliau berkata telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Bersatu, Pengerusi PN Parlimen Tangga Batu, Ketua Bersatu bahagian Tangga Batu dan Ketua Bersatu cawangan Cheng beberapa hari lalu kepada  Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5097
Kongsi :
Previous post PRU15: BN Melaka sah umum calon Selasa ini
Next post Bapa sumber inspirasi ceburi seni mempertahankan diri
Ubah saiz-+=