PRU15: BN pertaruh muka baharu di Melaka

Masa Membaca:2 Minit, 20 Saat

KUALA LUMPUR 1 November – Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan muka baharu bertanding di kerusi Parlimen Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Berita itu diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam ini.

Antara nama baharu yang diumumkan ialah Abdul Hakim Abdul Wahid yang akan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah.

275919909_5767579826590807_3502088148238877252_n
ABDUL HAKIM

Abdul Hakim yang juga anak jati Masjid Tanah bukan lagi nama asing di Melaka kerana sebelum ini menjawat jawatan Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka.

Beliau akan ditentang Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang juga penyandang kerusi berkenaan selepas menang atas tiket BN pada PRU14 lalu, sebelum bertindak menyertai Bersatu.

Selain itu, turut diumumkan bertanding ialah Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan yang diletakkan di kerusi Parlimen Alor Gajah.

312057383_651670469659098_5963422379585617514_n
SHAHRIL HAMDAN

Shahril Sufian, 37, bakal ditentang bekas Ketua Menteri Adly Zahari (PH-Amanah), selain Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang berhasrat mempertahankan kerusi tersebut mewakili Perikatan Nasional (PN).

Bagi Parlimen Tangga Batu, buat pertama kalinya wakil MCA dicalonkan bertanding di kerusi berkenaan iaitu Datuk Lim Ban Hong.

5
LIM BAN HONG

Ban Hong yang juga Naib Presiden MCA bukanlah asing di kawasan berkenaan memandangkan beliau juga telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang pada Pilihan Raya Negeri, 20 November, tahun lalu.

Beliau bakal dicabar penyandang kerusi berkenaan Rusnah Aluai (PH-PKR) dan Bakri Jamaluddin dari PAS mewakili PN.

Sementara itu, BN turut mempertaruhkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya.

313415158_6017980981547838_5124865696903045475_n
MOHD RIDHWAN

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya bakal dicabar muka-muka baharu iaitu Adam Adli Abdul Halim yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), selain wakil PN-Bersatu, Mohd Azrudin Md Idris.

309640632_160747116575706_6574720005064714113_n
KON QI YAO

Di Kota Melaka, BN mengumumkan seorang lagi calon MCA iaitu Kon Qi Yao yang bakal dicabar Khoo Poay Tiong (PH-DAP) yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 49,175 pada PRU14 lalu.

Manakala Parlimen Jasin pula menyaksikan Datuk Roslan Ahmad terpilih sebagai calon bagi mempertahankan kerusi yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Hamzah.

.
ROSLAN

Roslan merupakan bekas Adun Merlimau pada PRU14, selain turut menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin.

Beliau akan dicabar Datuk Harun Mohamad (PH-Amanah) dan Zulkifli Ismail (PN-PAS)

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU15.

Hari penamaan calon pula dijadual pada 5 November ini, manakala hari pengundian awal jatuh pada 15 November.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3804
Kongsi :
Previous post PRU15: Senarai calon BN di Melaka
Next post PRU15: Ismail Sabri, Zahid Hamidi pertahan Parlimen masing-masing
Ubah saiz-+=