Rafiq letak jawatan Pengerusi PN Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

TANGGA BATU 26 Nov – Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka serta-merta, hari ini.

Dalam kenyataannya pagi tadi, beliau memaklumkan surat rasmi peletakan jawatan akan diserahkan kepada Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada esok.

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu berkata, peletakan jawatan itu untuk memberi ruang dan peluang kepada muka baharu untuk menerajui Bersatu Melaka.

“Peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai BERSATU Melaka dan PN ( Perikatan Nasional) Melaka supaya mempunyai masa yang mengcukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU-15,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rafiq turut memberitahu,  beliau akan memberi fokus kepada PN di kawasan Parlimen Tangga Batu menuju ke Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 kelak.

“Hal ini (letak jawatan) bagi membolehkan segala fokus dapat saya berikan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional Parlimen Tangga Batu dan “BERSATU Bahagian Tangga Batu serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab saya sebagai Naib Presiden BERSATU menjelang PRU-15,” katanya.

Sabtu lalu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,  Mohd Rafiq yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas memperolehi 3,976 undi, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang mendapat 6,052 undi.

Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Asraf Mukhlis Minghat mendapat 3,891 undi sementara calon bebas Muhammad Arif Adly Mohammad memperolehi 153 undi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1121
Kongsi :
Previous post Sulaiman maklumkan cadangan nama EXCO baharu kepada TYT
Next post Ibu tunggal kerugian RM85,700 ditipu kekasih maya
Ubah saiz-+=