Rafiq sokong Mas Ermieyati calon KM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 19 Nov – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohidden menyokong cadangan kempimpinan PN mencalonkan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Menteri Melaka.

Justeru, beliau berkata kesemua jentera parti perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan kerusi-kerusi PN berpihak kepada parti itu.

“Sebagai orang parti dan juga pemimpin parti semua pihak harus menghormati keputusan yang dibuat kempimpinan politik Bersatu dan juga Majlis Tertinggi PN.

“Saya sebagai Pengerusi PN memberikan sokongan sepenuhnya kepada keputusan tersebut.

“Dan saya minta dan mohon semua jentera PN seluruh negeri Melaka bekerja keras bagi kemenangan calon-calon PN di semua kerusi yang ditandingi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat bersama Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Al-Khairiah Telok Mas, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Rafiq menolak spekulasi yang mendakwa beliau tidak dicalonkan sebagai Ketua Menteri Melaka berpunca daripada penolakan parti Bersatu.

“Saya fikir itu hanya spekulasi sahaja, saya konsisten sejak semalam selepas dipanggil atau mendapat tahu keputusan dibuat oleh pucuk kempimpinan.

“Sebaik sahaja mendapat tahu saya meneruskan kempen-kempen saya di N.23 Telok Mas.

“Fokus saya sebagai calon di sini tidak hilang bahkan jadual saya terus padat sehingga jam 12 malam ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

655
Kongsi :
Previous post Zahid, Sulaiman ziarah balu Allahyarham Ghafaar Atan
Next post PN cakap tidak serupa bikin mahu lawan rasuah – Guan Eng
Ubah saiz-+=