
Zahid, Sulaiman ziarah balu Allahyarham Ghafaar Atan
ASAHAN 19 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini, hadir menziarahi teratak keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.
Kehadirannya ke Villa Adiputra, Kampung Relau, di sini, diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Kedua-dua mereka kemudiannya meluangkan masa berbual dan mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham, Datin Seri Rabiah Hasan.
Turut diadakan bacaan tahlil ringkas dalam sesi ziarah itu.
“Salam takziah sekali lagi kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Haji Abdul Ghafaar. Al-Fatihah,” kata Sulaiman dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, sebentar tadi.
Allahyarham Abdul Ghafaar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada tanggal 17 Nov lalu di usia 65 tahun.
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak dua minggu lalu akibat jangkitan COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BELUM TERIMA SURAT PELETAKAN AHLI MAJLIS PH, KEDUDUKAN BELUM DIMUKTAMADKAN
MERLIMAU 16 Julai - Kerajaan Negeri masih belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) mewakili...
MELAKA SALUR INSENTIF RM300,000 UNTUK PERSATUAN PELANCONGAN
SERI NEGERI 16 Julai - Kerajaan Negeri menyalurkan insentif khas berjumlah RM300,000 kepada persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan...
MELAKA BAKAL BUKA KAWASAN INDUSTRI SEMIKONDUKTOR BAHARU
BANDA HILIR 16 Julai - Kerajaan Negeri merancang membangunkan kira-kira 2,023 hektar (5,000 ekar) kawasan perindustrian baharu di utara negeri...
MELAKA MAHU JADI NEGERI PERTAMA BANGUNKAN PUSAT E-WASTE BERSEPADU
BANDA HILIR 16 Julai – Kerajaan Negeri Melaka berhasrat menjadi pelopor di negara ini dengan mewujudkan pusat setempat pengurusan sisa...
JKM MELAKA BAKAL TERIMA 10 PEGAWAI BAHARU
MERLIMAU 16 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka bakal menerima tambahan 10 pegawai baharu, sekali gus meningkatkan lagi tahap...
HAWANA 2026: TNB RAI PENGAMAL MEDIA MELAKA
AYER KEROH 16 Julai - Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus mengiktiraf peranan penting pengamal media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan...
