
Rakyat Kelantan ‘kurang patuh’ SOP Covid-19
KOTA BHARU 2 Julai – Tahap pematuhan rakyat Kelantan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19 di negeri itu menurun kepada 90 peratus berbanding 95 peratus sebelum ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata kawasan luar bandar dikesan menjadi antara punca peratusan menurun berikutan ramai yang tidak mematuhi SOP terutama berkaitan penjarakan sosial.
“Contohnya, kalau kita ke pasar raya, SOP masih lagi diikuti namun kalau kita pergi jauh sedikit seperti kawasan kampung terutama di warung, kita boleh tengok ramai yang tidak ikut (penjarakan sosial).
“Saya percaya mereka sedar mengenai SOP ditetapkan tapi tiada sikap ambil peduli. Mereka perlu ingat pasukan keselamatan masih lagi menjalankan Op COVID-19 dan mana-mana pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Menurut beliau, semalam sahaja, polis menahan tujuh orang kerana melanggar SOP COVID-19. Kelantan merekodkan sebanyak 514 kes membabitkan 950 tangkapan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 1 Julai.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA PERINTIS PEKERTI NEGARA, 12 SEKOLAH DIPILIH FASA PERTAMA
AYER KEROH 13 Jun – Melaka bakal menjadi negeri perintis bagi pelaksanaan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) Negara...
PRN JOHOR DITETAPKAN 11 JULAI, NEGERI SEMBILAN PADA 1 OGOS – SPR
PUTRAJAYA, 12 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai,...
MELAKA BAKAL MILIKI HOSPITAL BAHARU DI HANG TUAH JAYA
PENGKALAN BATU 7 Jun - Melaka bakal memiliki sebuah hospital awam baharu bernilai RM875 juta yang akan dibangunkan di kawasan...
HILANG HAMPIR SEMINGGU, LELAKI OKU DITEMUKAN MAUT
IPOH 6 Jun - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada Ahad...
WANITA MENINGGAL DUNIA SELEPAS PARAH KERETA DINAIKI TERBABAS DI LPT2
DUNGUN 6 Jun - Wanita yang cedera putus kaki kiri dalam kemalangan di Kilometer 341.5 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2)...
DUA DITAHAN BERSAMA DADAH RM57.15 JUTA DI MUAR
JOHOR BAHRU 6 Jun - Polis menahan dua warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM57.15 juta yang dipercayai...

