Internet percuma hingga hujung tahun, inisiatif terbaik kepada rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

MELAKA 2 Julai – Tawaran Internet Produktiviti Percuma sebanyak 1 Gigabit (GB) secara harian sehingga 31 Disember 2020 ditawarkan buat rakyat negara ini, sekali gus memberi inisiatif rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan yang berkaitan produktiviti dan maklumat terkini.

Menerusi kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, inisiatif yang dilaksanakan kerajaan itu selari dengan pelan pemulihan jangka pendek bagi memudahkan rakyat mendapatkan kemudahan terutama bagi yang masih bekerja dan belajar dari rumah disebabkan impak daripada penularan pandemik Covid-19.

Menurutnya, internet percuma yang ditawarkan itu meliputi beberapa pembekal perkhidmatan mudah alih iaitu Celcom Axiata Sdn. Bhd. (Celcom); Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi); Maxis Berhad (Maxis); U Mobile Sdn. Bhd. (U Mobile) dan Unifi Mobile.

Ujarnya, kesemua pelanggan pascabayar, mahupun prabayar aktif layak menerima inisiatif ini dengan boleh menebus sebanyak 30 GB data percuma setiap bulan dengan perkadaran 1GB setiap hari tertakluk kepada proses penebusan yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing.

“1GB Harian Internet Produktiviti percuma ditawarkan kepada pelanggan sebagai tambahan kepada kuota data yang sedia ada, sebagai contoh, pelanggan yang telah melanggan pakej 30GB sebulan mereka akan mendapat tambahan 1GB setiap hari tanpa sebarang bayaran.

“Penggunaan internet percuma ini akan digunakan bagi tujuan produktiviti dan maklumat terkini malah ia akan digunakan dahulu dan setelah kuota percuma ini habis digunakan sebarang penggunaan data tambahan akan mengguna pakai kuota pelan data langganan sedia ada.

“Data yang tidak habis digunakan tidak boleh diguna pakai dan dibawa pada hari seterusnya dan pelanggan perlu menyemak dengan pembekal perkhidmatan masing-masing bagi menyemak kelayakan tawaran ini.

Inisiatif ini terbaik buat rakyat malah bagi meneruskan sokongan terhadap perkhidmatan berkaitan produktiviti, pembekal perkhidmatan menerusi kerjasama SKMM memutuskan bagi melanjutkan tawaran 1GB Harian INternet Produktiviti kepada 24 jam dan bukannya terhad dari 8 pagi hingga 6 petang sebelum ini. ,” katanya.

Views:

315
Kongsi :
Previous post SKTM2 sedia modul ‘pandu lalu’ demi pelajar
Next post Rakyat Kelantan ‘kurang patuh’ SOP Covid-19
Ubah saiz-+=