SKTM2 sedia modul ‘pandu lalu’ demi pelajar

Masa Membaca:55 Saat

PAYA RUMPUT 2 Julai – Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 (SKTM2) mengambil inisiatif mengedarkan modul pembelajaran secara pandu lalu kepada muridnya bagi memastikan proses pembelajaran pelajar tidak terganggu sepanjang  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Guru Besar SKTM2 Ehsanudin Abd Jalil berharap menerusi modul itu, para pelajar mampu menerusi pembelajaran seperti biasa, sambil dibantu penjaga murid.

“Semasa cuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), murid-murid belajar secara maya dengan guru mata pelajaran, walaupun tidak dapat disampaikan secara menyeluruh.

“Apabila kerajaan memberi kelonggaran dalam tempoh PKPP ini, pihak sekolah menyediakan modul khas kepada murid-murid untuk meneruskan pembelajaran,” katanya.

Katanya, sambutan ibu bapa sangat menggalakkan kerana mereka datang pada awal waktu untuk menerima modul ini.

“Diharap ibu bapa dapat membantu anak-anak untuk menyiapkan modul yang disediakan ini, selepas ini kita akan teruskan modul kedua pula untuk topik baharu bagi setiap mata pelajaran.

“Kita ingin membuat rakaman pengajaran guru secara digital di mana pihak sekolah mempunyai studio digital untuk merakam pengajaran dan disebarkan kepada murid-murid,” katanya.

Hadir sama, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKTM2, Syed Husain Syed Ismail dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Norizan Che Mat.

Views:

592
Kongsi :
Previous post KKJS sedia terima kemasukan pelajar baharu
Next post Internet percuma hingga hujung tahun, inisiatif terbaik kepada rakyat
Ubah saiz-+=